Tips Untuk Menghilangkan Jerawat

Assalam dan salam Monarich buat semua. Kali ini Monarich ingin berkongsi tips bagaimana menghilangkan masalah jerawat dengan menggunakan kaedah yang efektif dan menjimatkan. Masalah jerawat adalah masalah yang sinonim kita dengar pada hari ini. Masalah ini bukan sahaja menghantui golongan remaja, namun ianya turut dirasai oleh mereka yang berumur dan sudah mempunyai anak.

Penggunaan bahan kosmetik yang mengandungi bahan kimia adalah salah satu punca terjadinya jerawat. Tidak perlu menghabiskan ratusan ringgit demi untuk kecantikan wajah, walhal bahan-bahan semulajadi yang boleh kita dapatkan di pasar-pasar sayur atau runcit mampu menyelesaikan masalah ini.

Kehidupan yang penuh dengan stress atau hormon badan yang tidak seimbang juga adalah penyebab utama terjadinya jerawat. Oleh itu, amalan kehidupan yang sihat dan harmoni amat dititikberatkan di dalam kehidupan seharian.

Pasti ada yang tidak sabar untuk menghilangkan jerawat. Keadaan fizikal pipi yang tidak halus dan licin pasti menyebabkan hati resah dan gundah. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik dan sihat? Semua kita mahu kelihatan cantik dan anggun bukan?? Mari kita lihat dan pelajari tip-tip di bawah bagaimana dengan hanya menggunakan bahan-bahan organik dan semulajadi mampu menyelesaikan masalah ini.

1- Kulit kayu manis: Kulit kayu manis dikatakan mampu membantu untuk menghilangkan jerawat. Selain daripada itu ianya juga mampu menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Tetapi bagaimana? Sediakan 2 batang kulit kayu manis, tumbuk sehingga ianya menjadi serbuk halus. Campurkan dengan segenggam bedak sejuk. Selepas itu campurkan dengan sedikit air. Pastikan campuran kedua-dua bahan tadi menghasilkan ramuan berbentuk krim. Bila sudah siap, lumurkan pada bahagian jerawat atau parut. Amalkan dan lama kelamaan jerawat serta parut jerawat akan hilang. Monarich BB Beauty Balm dan Monarich Jelly Facial Soap mengandungi resepi dari kulit kayu manis.

2- Asam Jawa: Pasti anda terkejut bukan? Asam jawa bukan sahaja digunakan untuk memasak. Tapi boleh membantu untuk menghapuskan jerawat serta parut jerawat sekali. Caranya, ramas isi asam jawa dan buang bijinya, campurkan dengan sedikit air tetapi tidaklah begitu cair. Sapukan ramuan tadi di bahagian yang bermasalah dan biarkan sehingga kering. Amalkan sewaktu hendak tidur.

3- Timun: Penggunaan timun untuk kecantikan wajah amat baik. Selain dengan teksturnya yang sejuk, ianya juga boleh menyegarkan kulit wajah. Kisar timun hingga lumat dan tapiskan airnya. Setelah airnya dibuang, sapukan hampas timun tadi ke wajah anda dan biarkan selama 30 minit. Anda boleh rasakan perbezaannya.

4- Madu: Madu mampu memberi kelembapan kulit wajah yang berpanjangan. Monarich BB Beauty Balm dihasilkan dengan menggunakan lilin lebah tempat untuk lebah menyimpan madu. Anda boleh campurkan sedikit madu dengan bedak sejuk. Seterusnya boleh sapukan campuran tadi di bahagian muka yang bermasalah. Amalkan sekali sehari atau sekali dalam dua hari.

5- Lidah buaya: Kaedah ini adalah yang sering kali kita dengar. Namun kini untuk mendapatkan daun lidah buaya tidaklah semudah seperti sebelum ini. Namun sekiranya senang untuk diperolehi, belah daun lidah buaya itu tadi dan ambil lendirnya. Sapukan lendir daun lidah buaya ke bahagian yang bermasalah sehingga kering. Amalkan setiap hari.

6-Daun sirih: Daun sirih adalah bahan yang mudah untuk diperolehi. Tumbukkan beberapa helai daun sirih muda dan tempelkan hasil tumbukan tadi ke bahagian yang berma salah sehingga kering. Setelah kering cucikan sehingga bersih. Boleh diamalkan 3 kali seminggu.

Rawatan semulajadi memang amat baik diamalkan. Selain daripada kos yang murah, ianya juga tidak merbahaya. Namun, kesannya mungkin agak perlahan jika dibandingkan dengan rawatan model. Selamat Mencuba!!

*Penulisan di atas adalah dari petua-petua yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala masalah yang terjadi selepas mengamalkan petua-petua di atas. Terima kasih
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s