Jeragat

Jeragat: Punca dan petua mengatasinya

Masalah jeragat bukanlah sesuatu yang baru. Malah ianya adalah masalah biasa yang sering kita dengar. Bagi yang mementingkan kecantikan, imej dan penerampilan diri, masalah jeragat adalah sesuatu yang harus dititik beratkan. Kalii ini MONARICH ingin berkongsi kepada anda apakah punca penyebab terjadinya jeragat dan apakah petua yang sering digunakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Jeragat atau nama sainstifik nya MELASMA adalah bintik atau tompok-tompok hitam yang sering kelihatan di kulit-kulit wajah seperti di bahagian pipi, hidung dan dahi. MELASMA boleh dibahagikan kepada dua jenis. Melasma Dermal dan Melasma Epidermal. Melasma Dermal adalah melasma yang timbul dipermukaan kulit dan berbentuk seperti tahi lalat yang kecil. Manakala Melasma Epidermal pula adalah melasma yang kelihatan di permukaan kulit.

Apakah punca sebenar yang menyebabkan jeragat?? Punca sebenar jeragat masih belum dikenalpasti dengan terperinci, tetapi pakar perubatan telah membuat rumusan bahawa faktor-faktor di bawah adalah faktor utama yang menyebabkan terjadinya jeragat.

  • Sinaran Matahari
  • Pil Perancang
  • Perubahan Hormon
  • Kosmetik yang tidak sesuai
  • Keturunan

Berikut adalah petua-petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan jeragat.

1- Hampas Kelapa: Untuk menjadikan kulit muka licin dan gebu, amalkan selalu dengan menggosokkan hampas kelapa ke seluruh muka. Biarkan selama 15 sehingga 30 minit, kemudian cuci muka anda sehingga bersih, Jika diamalkan anda pasti terkejut dengan kulit wajah anda yang berseri-seri.

2- Beras: Ingin tahu kenapa kulit tangan wanita Jepun yang telah berusia masih kelihatan muda? Rahsianya kerana rutin seharian mereka yang selalu menggunakan tangan untuk membersih beras dan menyediakan makanan berasaskan beras seperti sushi dan onigiri.

tangan wanita jepun

Petua yang boleh kita pelajari ialah dengan merendam segenggam beras ke dalam air bersih selama satu jam. Selepas satu jam berlalu, toskan beras tadi dan tumbuk sehingga lumat bersama-sama satu jari kunyit hidup. Selepas lumat ditumbuk, perahkan sebiji limau nipis dan gaulkan bersama-sama sebiji telur. Sapu di wajah anda sebagai masker. Biarkan sehingga kering, kemudian cuci wajah anda sehingga bersih, Boleh diamalkan pada setiap hari sehingga jeragat hilang dari wajah.

3- Kulit pisang: Cara ini adalah cara yang paling mudah. Ambil kulit pisang berangan. Sapukan pada bahagian kulit muka yang bermasalah dan biarkan sehingga 5-10 minit. Cuci muka sehingga bersih.

4- Telur: Putih telur boleh digunakan sebagai masker muka. Campurkan putih telur dengan beberapa helai tisu. Kemudian tekapkan tisu tadi di wajah anda. Setelah tisu tadi menjadi kering, mulalah membersih muka anda dengan air yang bersih.

*Penulisan di atas adalah berasaskan petua-petua yang sering diamalkan. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang dihadapi selepas mengamalkan petua di atas. Harap maklum.

Di antara produk-produk MONARICH yang mampu mengatasi masalah jeragat serta jerawat adalah seperti di bawah. Sila Klik gambar di bawah untuk informasi produk.

Monarich BB Beauty Balm

Monarich Jelly Facial Soap

Monarich Skincare Series (Trial Set)

Atau layari kedai online kami di sini. Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel dari kami, Sebarang tempahan produk boleh hubungi/whatsapp kami di nombor 012244528 / 0177446301 Salam Monarich 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s